Saturday, April 9, 2011

Cerita seram rumah hantu di Shah Alam :)


Cerita Seram Rumah Sewa Berhantu RM50 Di Shah Alam

السلام عليكم
Malam tadi sedang aku tgh syok berblogwalking moon aku terjah lah Blogserius . Tiba² terbaca satu kisah seram nih . Aku baru baca separuh je , tapi bulu² aku semua naik meremang . Gila seram . Terus aku stop baca and decided nak baca pagi ni mati Cerita mmg pnjang mcm novel dah . Tp , tak rugi kalau korang luangkan sedikit masa korang untuk habiskan cerita ini :19:



Inilah gambar rumah hantu tersebut. Sewa sebulan cuma 50 ringgit di seksyen 2. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Kepada penulis asal cerita ini...terima kasih la kongsi cerita ni..

Masa di ITM dulu memang kami tahu fasal rumah berhantu ni...sewanya murah, tapi kami tak pernah nampak ada orang sewa rumah tu..lokasinya betul-betul dekat dengan Wet World. Kami selalu berjalan kaki dari seksyen 2, melalui Wet World tersebut. Tapi kami tidak pernah mengetahui ‘kekerasan’ tempat tersebut

Rasanya sampai sekarang pun tak ada orang tinggal..
_______________________________________________


TRUE STORY!!

Huhuhuhu seram juga cerita nih.

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.

Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan dvd dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah...
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what?
ad a batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310

Wednesday, January 12, 2011

Lelaki juga ade perasaan :')


Wanita jangan ingat lelaki tidak boleh menangis..
Lelaki juga seorang manusia..
Memang jarang untuk wanita temui lelaki yang mudah menangis..
Lelaki mempunyai satu perasaan ego…
Dan ada sesetengah lelaki itu mempunyai tahap ego yang terlampau tinggi..
Tapi tak bermakna lelaki yang mempunyai ego yang tinggi ini tidak akan menangis.. 
Lelaki akan menangis apabila sampai di satu tahap,dimana
lelaki itu sudah tidak tahan lagi dengan masalah yang dihadapi..
Lelaki lebih suka menyimpan semua perasaan sedih di dalam hati…
Apabila lelaki menangis,tidak bermakna lelaki itu pondan atau pun lemah..
Sebenarnya air mata lelaki menunjukkan tanda-tanda lelaki itu sesorang yang iklas,penyayang dan setia…
Lelaki yang mudah menangis di hadapan kekasih…
Membuktikan yang lelaki itu sangat sayang pada pasangannya..
Lelaki akan menitiskan air mata,apabila perasaan mereka dikhianati ataupun di sakiti
oleh orang yang mereka sayang..
Ingat wanita,lelaki yang menangis bukan tandanya mereka lemah..
Tetapi itu tandanya mereka benar-benar sayang pada kita..
Lelaki yang mudah untuk menangis sebenarnya istimewa,
kerana lelaki ini mempunyai hati yang lembut dan mempunyai sikap
penyayang dan iklas…..
Lelaki inilah yang susah untuk wanita temui sekarang…
Percayalah wanita,apabila pasangan anda mudah untuk menangis…
Tandanya mereka sayang pada anda..
Lelaki tidak perlu untuk berasa malu untuk menangis..Cuba ketepikan perasaan ego tu,
dan cuba untuk menangis..
Kepada wanita yang mempunyai teman lelaki yang mudah untuk menangis…
Percayalah anda sangat-sangat bertuah…
Jagalah teman anda dengan baik…

Sunday, November 14, 2010

Super sunday

Yeah , hari ni pg sunway dgn siblings . Pg sunway buat ape ? Main icesketing laa :) . Best ohh , main icesketing . Time main icesketing , princess tkut nak jln . Kene la , pgang tgn die bwak plhan2 . Then , lepas main ice sketing , pg mcd . Makan . Huh , time tgh mkan . Text la neni , tnye die dkt mane ? Then die ckp otw pg mcd lah ni . Haish . tak sabar nak jumpe die ;) . Time nak jmpe die , bg alasan dkt abg nk pg toilet . HAHA , siot jekan ? Jlanjlan , neni cll . trun la dkt bwah ni . Dah nmpk mirul dah . Haish , yelahyelah . Pg jmpe die , Awwwww <3 , mummy dh gemok :D . Eh eh , nell pon ade . Then bwak neni pg jlnjln , yg nell tu memakak . Mane mcd ni , dah haus ni .  bwak la dorg pg mcd . Dorg dh pg mcd , dduk kjp dgn neni , aku tnye neni . Neni , kite smbg relationship kite eh ? neni diam . And then die kate , die tgh cple dgn HAIQAL tu :'( . Hurt gile doe . Nak menangis time tu . Neni tgk je muke aku , herm . And then abg cll , cpt la naik atas . nak balik dh ni . Herm , naik la atas . Bwak neni jumpe abg . Abg ckp , neni dah hitam . HAHA . then abg ckp , aku tggu dlm kete tau , okayokay . Huh , dorg dah belar . Aku tnye neni balik , kite cple blik eh ? Dia ckp , okay . Aku tnye la , haiqal mcm mane ? Aku soroh die break dgn haiqal . Herm , ntah ye ke tak tu dorg break :( . Takpetakpe asalkan aku dah dpt kau balik mummy :') .

Iloveyousofuckingdmnmuch mazeni bt mohd roseli <3

Friday, November 12, 2010

One week ^___^

Isnin :
Pegi schl mcm biasa . Tapi hari ni ade ptgan futsal . Smpai schl , trus lpaklpak dgn bestie dkt tmn . Then msuk schl .  Lpas brtur semua . pg surau . Ddukdduk , bace yassin . Lpastu pd dewan ade tygan . Huh , site bodoh ! HAHA , tapi cerita tu ade gang alin lah , ORANG ASLI :D . HAHA . Then pg rehat dgn bestie . Lpas rhat pg surau solat asar . Abis solay asar , pg padang :) . FUTSAL lah . Team aku OTB FC . klau nak tau ape itu OTB tnye lah MUHD AIMAN BIN AFENDI . Then , futsal start . ohh , gudgud . OTB mnang :D . Abis , then balik

Selasa :
Macam biasa , pegi skola lpaklpak , then ade tygn . lpas tu rehat . Pg solat asar . Pg pdg ade futsal . Menag jgk :) . Balikkkkkkkkkkkkkkk ^__^ .

Rabu :
Macammmmmmmmmmmm biase . Tpi Futsal klah kot :( . Dah keluar . Keyrol bengang dgn amni , sbb jdi leftree mcm ape je . Kesian kau fairuz , jatuh banyak kli smpai kaki kau brdrah . Tkpetkpe sbbkan kau anak dtuk . Ckgu danial bgkau ais ltk kan dkt kaki kau . HAHA , untg kau bhai . Then balikkkk ! Bestie suma ckp nak pg photoshoot esk . Sume dah cnfrm . Hern , but mlam tu semua ckp tk jdi . Ape lancau ! Err!

Khamis :
Pg skola , but tk lpak dgn bestie . Sebab dorg semua merajuk dgn aku , sebab aku maki dorg . Then msuk skola dorg semua tknk pndg ak doe :( . Bile pg dkt dorg , dorg bela . Mcm ape jehh . Time rehat , pg crik dorg . Tpi tk jmpe :( . Dgr cite dorg pg photoshoot , Pehh ! Sampai hati kot pg photoshot tk ajk :( . Tkpetkpe . Hurm . Then blik . on Fb mintk maaf dkt dorg . Dorg maafkan aku :) . Yeah . HAHA

Jumaat :
Pegi schl , lepak dgn ewan 2F dkt tmpt basikal . Tggu daooz , fairuz and danial msok skola . WOW , fairuz bwak KFC lah ;) . HAHA . then msok klas ltk beg , trus berambus pg lpak dgn daooz , fairuz, danial alin the gang . Wahh , besr lpak dgn dorg . HAHA , lpstu lpak klas 2C main UNO CARD dgn alin , nasuha and ogie . HAHA , alin asyk klah jeee :) . Kesian kau alin . lpak klass C smpai rehat :) . Then pg kantin dgn bdak 2F . Lpak dgn dorg , tbetbe Ewei pggil aku bwak pg jauhjauh . Die ckp tuttttttttttttttttttt ! die sroh aku simpan rahsia , jgn bgtau sapesape . Haish , smpai hati kau Superwoman , Couple dgn die bkan nak bgtau aku . Herm -____- . Abis rehat , pg surau solat asar , abis solat . lpak dgn dorg . Aku tgk kau superwoman main senyumsenyum dgn die . JELES :( .Tkpetkpe , mntgmntg aku dah tkde Neni . HAHA . aku tgk korg sweet doe ^__^ . then balikk . Tgk korg jln samesame . Haish . Huh , best kodd schl aryny :D


Sory klau korg tkphm aku type , sbnye aku mlas nk update . Ni ha , ketot pkse aku update :D .

Wednesday, November 3, 2010

Frust ! :'(

Drug: YES
Smoke: YES
Drink: YES
All yes , err ==' .

Sunday, October 24, 2010

Final Exam , ihy =='

final year exam. Why you should have in this world? I hate you lah examination, Err. Hey education minister, dissolved the examination can not help? Eeee, do not like this exam la. I hate you crazy la test =='

Friday, October 22, 2010

Happy Birthday Shaukath Al-hafiz bin shavukat Ali :)

Happy birthday shaukath :) . Haha .